Lans Koperal Dituduh Dera Anak Angkat

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang anggota polis wanita berpangkat Lans Koperal pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas tuduhan mendera anak angkatnya berumur lima tahun dua minggu lepas.

Lans Koperal Lizanawati Ismail, 34, yang bertugas di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini dituduh mengaibkan, mencederakan serta memukul Mohamad Akmal Hakimi Abdullah, 5, menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan.

Anggota polis itu yang belum berkahwin didakwa mengikut Seksyen 31(1(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Lizanawati dituduh melakukan kesalahan itu di rumah nombor 1015, Taman Derga Jaya, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, kira-kira pukul 4.30 petang, 28 Dis, 2011.

Hakim Mohd Rosli Osman membenarkan ikat jamin RM5,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 19 Februari depan untuk sebutan kes itu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Azlina Hashim manakala Lizanawati diwakili peguambela Ashokumar Pathmanathen.

Mohamad Akmal Hakimi sekarang dijaga sementara oleh pengasuhnya sehingga ibu kandungnya dikenali sebagai Siti Haya Anuar, 38, beralamat terakhir di No 27 Jalan Sahabat, Off Jalan Tong Shin, Bukit Bintang, Kuala Lumpur tampil menuntutnya.

Kanak-kanak itu dirujuk kepada polis pada 29 Dis tahun lepas dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) setelah seorang wanita yang menjaganya sementara setelah dia diserahkan ibu angkatnya yang pulang ke Kelantan mendapati terdapat kesan lebam dan kecederaan dipercayai akibat didera, membuat aduan polis. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan