Juruterbang MAS Didakwa Seludup Methamphetamine Ke Australia

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) didakwa di Mahkamah Majistret di Sydney pada Khamis kerana cuba menyeludup lima kilogram Methamphetamine ke Australia, lapor The Telegraph.

Thiagu Supramaniam, 30, yang ditahan di lapangan terbang Sydney pada Selasa, tidak dibenarkan dibebaskan dengan jaminan.

Supramaniam didakwa terhadap dua pertuduhan mengimport dadah dalam kuantiti komersial, termasuk satu daripadanya didakwa mempunyai kaitan dengan penjualan dadah di sebuah hotel di Sydney, Ogos lalu.

Enam paket dadah itu ditemui di dalam beg pakaian apabila dia ditahan Polis Persekutuan Australia (AFP) di lapangan terbang.

Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau denda A$825,000 dan penjara 25 tahun atau denda A$550,000.

AFP menjalankan siasatan ke atas Supramaniam sejak Ogos apabila dia didakwa menghantar 1.4kg heroin kepada seorang lelaki di sebuah hotel di Sydney pada 7 Ogos.

Lelaki itu telah ditahan dan didakwa.

Kes itu ditangguhkan dan akan dibicarakan semula di mahkamah minggu depan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan