Isu Kesahihan Tukar Agama: Mahkamah Tinggi P.Pinang Diperintah Dengar Permohonan

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang diperintah mendengar permohonan seorang pekerja kilang wanita berhubung isu kesahihan penukaran agamanya kepada Islam ketika beliau berusia tujuh tahun.

Hakim, Datuk Seri Abu Samah Nordin yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman pemula Siti Hasnah Vangarama Abdullah, 28.

Sehubungan itu, Abu Samah mememerintahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang selepas memutuskan terdapat isu yang perlu dibicarakan berhubung status agama wanita berkenaan, sama ada beliau masih Islam atau sebaliknya.

Panel yang turut dianggotai Hakim Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus itu sebulat suara membenarkan rayuan Siti Hasnah untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 Ogos 2010, yang membatalkan kes tersebut selepas memutuskan ia tidak mempunyai bidang kuasa dan perkara berkenaan perlu dibawa ke Mahkamah Syariah.

Mahkamah Rayuan turut memerintahkan defendan membayar RM10,000 kepada Siti Hasnah sebagai kos perundangan.

Saman pemula Siti Hasnah yang difailkan pada 23 Dis 2009 menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad (dalam kapasitinya sebagai pengerusi Perkim), bekas pegawai Perkim Raimi Abdullah dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebagai defendan.

Siti Hasnah memohon satu deklarasi bahawa defendan telah secara salah dan tanpa mematuhi undang-undang, menyebabkan beliau menjalani proses menukar agama ketika berusia tujuh tahun pada 1989.

Dalam afidavitnya, ibu tiga anak itu berkata beliau ditempatkan di Rumah Anak-Anak Yatim Ramakrishna ketika Raimi dan seorang pegawai mubaligh membawa beliau kepada Kadi Bandaraya Pulau Pinang untuk melakukan ikrar keluar daripada agama Hindu dan memeluk Islam.

Siti Hasnah mendakwa tindakan defendan mengarahkan beliau mengucap '(dua) kalimah syahadat' pada 28 Dis 1989 adalah salah di sisi undang-undang.

Katanya, kandungan serta makna perkataan dalam 'Sijil Akuan Masuk Islam' yang dibaca, diucapkan serta ditandatangani tidak difahami selain mendakwa pada usia tujuh tahun, beliau tidak mempunyai pilihan kecuali mengikut arahan defendan mengucap '(dua) kalimah syahadat'.

Siti Hasnah juga meminta mahkamah mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara menukar agama serta nama Islam beliau kepada nama asalnya dalam agama Hindu iaitu Banggarma a/p Subramaniam dalam MyKad, selain menggugurkan perkataan Islam daripada kad pengenalannya.

Sementara itu, dalam afidavitnya, Raimi berkata berdasarkan rekod Perkim, Siti Hasnah serta ibu bapa dan adik beradiknya yang lain memeluk agama Islam pada 1983, ketika wanita tersebut berusia setahun.

Ketika Siti Hasnah berusia lima tahun, ibu bapanya menempatkan beliau di Rumah Anak-Anak Yatim Ramakrishna dan dia berada di situ selama setahun setengah. Ibu Siti Hasnah meninggal dunia pada 1989 manakala ayahnya pada 2004.

Wanita itu mengahwini S. Sockalingam, 32, mengikut adat Hindu dan pasangan berkenaan tidak mendaftarkan perkahwinan mereka.

Siti Hasnah diwakili peguam Gooi Hsiao Leung manakala peguam Matthias Chang mewakili Dr Mahathir, Raimi pula oleh Tuan Zubaidah Tuan Muda serta Zatifarahiyah A. Halim.

Majlis Agama Islam diwakili peguam Hairuddin Othman dan Noor Asyimah Ramli. - BERNAMA JA KHY SBB

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan