Aziz Bari Saman Zulkifli Dan Utusan Dakwaan Fitnah

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari memfailkan saman terhadap Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berhubung dakwaan menerbitkan kata-kata fitnah.

Dalam saman itu Abdul Aziz menamakan Zulkifili, yang juga seorang peguambela dan peguamcara, Ketua Pengarang kumpulan akhbar Utusan Malaysia dan juga akhbar Mingguan Malaysia Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu sebagai defendan.

Beliau memfailkan saman itu melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates pada 22 Disember tahun lepas. Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu pada Khamis.

Peguam Azhana Mohd Khairudin, yang mewakili Abdul Aziz, memberitahu pemberita bahawa Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norhatini Abdul Hamid menetapkan 10 Februari ini untuk pengurusan kes itu semasa menemui pihak-pihak yang terlibat dalam kamarnya ketika kes itu disebut di hadapannya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Aziz mendakwa Zulkifli pada 17 Oktober tahun lepas telah mengeluarkan kata-kata fitnah mengenainya yang kemudiannya diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia sehari selepas itu dalam satu artikel bertajuk "Zulkifli Noordin sahut cabaran Aziz Bari".

Abdul Aziz mendakwa kata-kata fitnah itu adalah secara langsung merujuk kepadanya kerana nama dan jawatannya telah disebut secara spesifik dalam artikel itu.

Beliau berkata, kata-kata fitnah itu di dalam makna asal dan biasa bermaksud beliau antara lain adalah seorang individu dan professor undang-undang yang kurang ajar dan biadab serta tidak layak menjadi pensyarah undang-undang.

Abdul Aziz menuntut ganti rugi am, teladan, melampau, kos dan satu perintah supaya defendan-defendan meminta maaf dan menarik balik tuduhan fitnah itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan