Wanita Berusia 26 Tahun Dituduh Curi Wang & Harta Majikan RM3.2 Juta

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita telah didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana dituduh mencuri barangan dan wang tunai majikannya berjumlah RM3.2 juta.

Seorang setiausaha, Nur Khairunnisa Zolkifli, 26, dituduh telah memasuki apartmen majikannya di sini tanpa izin tahun lalu ditemani oleh seorang lagi rakan subahat yang menyamar sebagai anggota polis Interpol.

Mengetahui bahawa majikannya seorang warga Arab Saudi tidak ada di dalam negara pada waktu itu, tertuduh telah didakwa mengeledah apartmen tersebut dan mencuri pelbagai barangan berharga.

Di antara barang-barang berharga yang dicuri dari apartmen itu termasuklah 50 helai tali leher - setiap satu berharga sekitar AS$700 (RM2198); 40 buah botol minyak wangi bernilai 250-450 Euros (RM 1,000-1,800) setiap satu; dua utas jam tangan buatan Swiss bernilai AS$18,000 (RM 56,520) dan AS$7,000 (RM 21,980); wang tunai RM60,000 dan Quran cetakan emas bernilai AS$500,000 (RM1.57 juta). Turut dicuri ialah pasport pembantu rumah majikannya itu dan tiga buah buku telefon yang mengandungi pelbagai nombor penting.

Menurut kertas pertuduhan, majikan tertuduh hanya menyedari mengenai kecurian itu semua selepas menelefon pembantu rumahnya pada awal Jun.

Dia kemudiannya membuat laporan polis.

Nur Khairunnisa didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Kesiksaan kerana mencuri.

Jika sabit kesalahan, dia berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan juga denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sew Ping memohon wang ikat jamin sehingga RM 200,000 dengan meminta mahkamah mengambil kira nilai barangan yang dicuri.

Majistret Parvin Hameedah Natchiar kemudiannya menetapkan ikat jamin sebanyak RM30,000.

Tertuduh juga diminta menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan wajib melaporkan diri di balai polis yang ditetapkan setiap dua minggu.

Perbicaraan ditetapkan bermula pada 16 Februari.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan