Dua Rakan Dituduh Sembunyi Harta Berupa Wang Tunai Dalam Akaun Bank

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Dua rakan dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini pada atas tuduhan menyembunyikan harta curi iaitu wang tunai RM346,000 ke dalam satu akaun bank pada Disember lepas.

Lim Mock Huat, 37, dan Tommy Eng Kok Chun, 25, yang kedua-dua beralamat di Skudai, Johor didakwa dengan sengaja menolong menyembunyikan harta curi dengan membenarkan akaun Public Bank bernombor 4636249208 digunakan untuk memasukkan wang sebanyak RM346,000 yang diperolehi melalui penipuan.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Public Bank cawangan Ipoh Utama di sini pada 4.14 petang, 28 Disember, 2011.

Kedua-dua mereka dituduh di bawah Seksyen 414, Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama. Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Bagaimanapun Lim dan Eng yang ditahan pada 29 Dis lepas di sebuah bank mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Haslinda Raof. Haslinda membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Februari ini untuk sebutan semula kes itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamar Abrar. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan