Tikam 15 Kali: Pengawal Keselamatan Didakwa Bunuh Teman Wanita

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret Selayang di sini atas tuduhan membunuh teman wanitanya dengan menikam wanita itu sebanyak 15 kali di Kepong, bulan lepas.

Muhammad Faizul Mohd Ali, 27, didakwa bersama rakannya Muhammad Zal Haziq, 23, membunuh kerani bank, Rozana Mohd Yusak, 36, di rumah kedai No. B-010-15F, Jalan Puncak Desa 2, Kepong, antara 12 tengah malam hingga 1.15 pagi pada 21 Disember lepas.

Mereka berdepan hukuman mati mandatori mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama jika disabitkan.

Tiada pengakuan direkodkan dan kedua-dua tertuduh hanya menganggukkan kepala tanda faham apabila tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Isa Md Noor.

Mahkamah menetapkan 28 Februari ini untuk sebutan semula sementara menunggu laporan bedah siasat serta laporan kimia dan forensik.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili.

Media sebelum ini melaporkan Rozana ditemui berlumuran darah dengan sekurang-kurangnya 15 kesan tikaman kira-kira 1.30 pagi pada 21 Dis lepas, dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan