Bekas Timbalan KSU Didenda RM3,000 Kerana Khalwat

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan pada Isnin dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita di sebuah hotel di Batu Ferringhi, April tahun lepas.

Hakim Syarie Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya turut menjatuhi hukuman sama terhadap wanita terbabit yang juga bekas pembantu peribadi kepada Salim, Nur Diayana Norslan, 30.

Kedua-dua tertuduh membayar denda itu.

Nik Bukhari Hashimy dalam penghakimannya berkata setelah menilai semua faktor dan aspek dan walaupun tertuduh sebelum ini telah mengaku bersalah, mahkamah juga melihat kepada keseriusan jenayah yang dilakukan.

Katanya, kedua-dua tertuduh adalah penjawat awam dan mereka seharusnya menunjukkan contoh baik kepada masyarakat.

Beliau berkata, perlakuan tertuduh telah mencemarkan imej perkhidmatan awam dan mahkamah perlu mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai langkah pencegahan dan memberikan kesedaran kepada masyarakat serta mengelakkan orang lain terpengaruh dan mempunyai niat yang sama.

Salim, 51, dan Nur Diayana pada awal sebutan kes 19 April tahun lepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu, namun mereka menukar pengakuan kepada bersalah selepas kedua-dua peguam syarie yang mewakili mereka menarik diri pada November tahun lepas.

Salim, yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik bernombor 224 di sebuah hotel di Batu Ferringhi, 16 April lepas, pada kira-kira pukul 5 pagi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana mengikut Seksyen 27 (b) enakmen yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Mohd Zulkhairi Aziz. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan