Pengerusi, Bendahari Koperasi Didakwa Terima Wang Tanpa Kelulusan

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Koperasi Pasaraya Malaysia Berhad pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tujuh pertuduhan menerima wang koperasi tanpa kelulusan mesyuarat agung koperasi itu melibatkan jumlah hampir RM1 juta, tiga tahun lepas.

Mohamad Wahiduddin Abdul Wahab, 68, turut didakwa atas tiga pertuduhan lain iaitu telah dengan tidak berhemat dan bertekun menerima beberapa elaun yang menyebabkan koperasi itu mengalami kerugian hampir RM500,000.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketujuh, Mohamad Wahiduddin didakwa menerima wang koperasi berjumlah RM892,672 sebagai pembayaran untuk beberapa elaun termasuk Elaun Tetap Tertunggak dan Elaun Kehadiran Mesyuarat, sedangkan pembayaran elaun tersebut tidak dibentangkan untuk kelulusan dalam mesyuarat agung koperasi berkenaan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di No.37D, Jalan Datuk Haji Eusoff, Kompleks Damai Off Jalan Ipoh dekat sini pada 9 dan 16 Jan 2009, mengikut Seksyen 46(1) Akta Koperasi 1993 (Akta 502), dan boleh dihukum di bawah seksyen 91(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000.

Bagi tiga pertuduhan lain, bapa kepada tiga anak itu didakwa menerima Elaun Tetap Tertunggak Pengerusi berjumlah RM508,032 sedangkan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 30 Sept 2008 menyatakan jumlah Elaun Tetap Belum Bayar Teraku adalah RM75,600, yang menyebabkan koperasi itu mengalami kerugian RM432,432.

Bagi pertuduhuan lain itu juga, Mohamad Wahiduddin didakwa menerima elaun kehadiran Mesyuarat Lembaga Tertunggak dan elaun kehadiran Mesyuarat Exco Tertunggak yang menyebabkan koperasi berkenaan mengalami kerugian RM64,640.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 45 (1) Akta Koperasi 1993 (Akta 502) yang boleh dihukum di bawah seksyen 45(4) akta yang sama, yang boleh dikenakan denda maksimum RM200,000.

Sementara itu, di mahkamah yang sama, Bendahari koperasi tersebut, Jaffar Md Saib mengaku tidak bersalah terhadap sembilan pertuduhan menerima pembayaran beberapa elaun tanpa kelulusan mesyuarat agung serta dengan tidak berhemat dan bertekun menerima elaun tersebut, tiga tahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama hingga keenam, Jaffar, 61, didakwa menerima wang koperasi berjumlah RM239,888 sebagai pembayaran untuk beberapa elaun termasuk Elaun Tetap Tertunggak Bendahari sedangkan pembayaran elaun tersebut tidak dibentangkan untuk kelulusan dalam mesyuarat agung koperasi berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di tempat dan masa yang sama mengikut Seksyen 46 (1) Akta Koperasi 1993 (Akta 502), dan boleh dihukum di bawah seksyen 91(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000.

Bagi pertuduhan ketujuh, Jaffar didakwa dengan tidak berhemat menerima RM85,248 sebagai Elaun Tetap Tertunggak Bendahari sedangkan dalam Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 30 Sept 2008 disebut RM33,600, menyebabkan koperasi itu kerugian sebanyak RM51,648.

Bagi pertuduhan kelapan dan kesembilan, Jaffar didakwa dengan tidak berhemat menerima elaun kehadiran Mesyuarat Lembaga Tertunggak dan elaun kehadiran Mesyuarat Exco Tertunggak, menyebabkan koperasi berkenaan kerugian RM64,640.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di tempat dan masa yang sama mengikut Seksyen 45(1) Akta Koperasi 1993 (Akta 502) yang boleh dihukum di bawah seksyen 45(4) akta yang sama, dengan denda maksimum RM200,000.

Hakim S.M Komathy Suppiah membenarkan Mohamad Wahiduddin dan Jaffar masing-masing diikat jamin RM30,000 dan RM10,000 dengan seorang penjamin, dan menetapkan 20 Jan ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia Kamarulzaman Mohamad Buhari manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam K.Shanmuga. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan