Lima Lelaki Dilepas dan Dibebaskan Daripada Tuduhan Bunuh

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat melepas dan membebaskan lima lelaki daripada tuduhan membunuh di Taman Kota Masai, di sini, sembilan tahun lepas. Hakim, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas dan Norashikin Ibrahim gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan berkenaan.

Lima lelaki itu, Rasdi Ngasiman, 30, Samsudin Muhammad Yusuf, 30, Zaini Sabtu, 27, Zainal Sabtu, 29 dan Mohd Yazid Tukimin, 29, dituduh membunuh Md Ridzuan Jumaat, 19, di padang permainan di Jalan Tembikai 17, Taman Kota Masai, di sini, antara pukul 10.15 malam dan 12 tengah malam, 3 Jun, 2003.

Pertuduhan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Kelima-lima mereka diperintah membela diri atas tuduhan bunuh itu selepas Mahkamah Rayuan pada 26 September lepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepas dan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan tanpa diminta membela diri pada 19 Nov 2007.

Mahkamah Rayuan berpendapat wujud kes prima facie terhadap kelima-lima tertuduh dan mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi di sini untuk mereka membela diri. Syed Ahmad Helmy dalam penghakimannya hari ini meminta kesemua tertuduh itu bersyukur kerana dilepas dan dibebaskan bagi kali kedua atas tuduhan bunuh berkenaan. "Saya berharap pembebasan ini dijadikan penghidupan baru dan jangan terlibat sekali lagi dengan jenayah sedemikian. Kepada ibu bapa yang ada di sini, nasihat saya jagalah anak-anak anda dengan baik," katanya.

Kesemua tertuduh diwakili peguam iaitu Norman Fernandez yang mewakili Rasdi, Hazza Khalid (Samsudin), Shaikh Saleem (Zaini), Lokman Yusof (Zainal) dan Zahar Ngah (Mohd Yazid). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan