Jawatankuasa Madrasah Salihiah Fail Injunksi Halang Diroboh

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jawatankuasa Madrasah Salihiah Kanchut di sini pada Khamis memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi Alor Setar sebagai usaha terakhir bagi menghalang madrasah itu dirobohkan oleh kerajaan Kedah.

Injunksi itu difailkan Timbalan Pengerusi jawatankuasa madrasah, Jamludin Murad bagi pihak jawatankuasa madrasah, selaku plaintif, melalui Tetuan Ahmad Rusydi Md Nor & Partners, pukul 9.45 pagi ini.

Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dan kerajaan negeri Kedah, masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam writ saman itu.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa Madrasah Salihiah didirikan pada 1909 di atas tanah kepunyaan Hajah Aisyah dan diperturunkan kepada waris-waris dan akhirnya dipindah milik kepada MAIK sebagai tanah wakaf khas.

Plaintif mendakwa defendan pertama menerusi Jabatan Mufti Kedah telah membuat keputusan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 21 Jun 2010 madrasah itu hendaklah dikekalkan di tempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan bagi kepentingan anak-anak kariah.

Bagaimanapun Jawatankuasa Fatwa dalam mesyuaratnya pada 4 Julai 2011 telah meminda atau menukar atau membatalkan keputusan fatwa tersebut.

Berdasarkan kepada keputusan fatwa baru itu, Madrasah Salihiah akan dibina di dalam bangunan yang akan dibangunkan oleh pemaju dan menerusi surat defendan kedua bertarikh 25 Oktober 2011, bangunan yang dibina diberi nama Plaza Tunku Yaacob.

Plaintif mendakwa arahan telah diberikan kepada defendan pertama untuk mengosongkan tanah tersebut pada atau sebelum 10 Nov 2011.

Bagaimanapun defendan pertama melalui suratnya bertarikh 10 Nov 2011 kepada defendan kedua memohon penangguhan bagi mengosongkan tanah tersebut.

Menurut plaintif tindakan jabatan Mufti Kedah meminda keputusan fatwa yang dibuat pada 21 Jun 2010 adalah bertentangan atau ultra vires dengan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu hak kebebasan untuk beragama.

Sehubungan itu plaintif memohon satu perintah injuksi untuk menghalang defendan kedua dan ketiga mengosongkan tanah tersebut atau meruntuhkan Madrasah Salihiah dan memohon satu deklarasi bahawa keputusan fatwa yang dibuat pada 4 Julai 2011 adalah terbatal dan tidak sah.

Plaintif juga memohon satu deklarasi keputusan fatwa yang dibuat pada 21 Jun 2010 adalah sah selain memohon kos dan apa-apa perintah serta relif yang difikirkan patut dan adil oleh mahkamah.

Mahkamah Tinggi menetapkan pendengaran kes itu pada 6 Februari depan.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) melantik serta membiayai kos guaman bagi mempertahankan madrasah tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan