Jangan Buat Spekulasi Keputusan Tolak Aduan Karpal

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pejabat Ketua Hakim Negara meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan tohmahan yang tidak berasas dalam keputusan Ketua Hakim Negara Tan Sri Ariffin Zakaria menolak aduan Karpal Singh yang mendakwa Hakim Mahkamah Rayuan memplagiat penghakiman Hakim Mahkamah Singapura.

Pegawai Khas Ketua Hakim Negara Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim dalam kenyataan pada Khamis berkata Ariffin telah mempertimbangkan beberapa perkara sebelum membuat keputusan menolak aduan itu dengan hujah aduan itu tiada merit.

Karpal yang juga Anggota Parlimen DAP bagi Bukit Gelugor membuat aduan mendakwa Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Malik Ishak telah memplagiat satu penghakiman Hakim Mahkamah Singapura G.P Selvam (kini bersara) berhubung undang-undang hak cipta pada tahun 2000.

Ketika membuat keputusan menolak aduan itu, Ketua Hakim Negara telah mengambil kira dan memberi pertimbangan kepada beberapa dokumen iaitu surat Karpal Singh bertarikh 29 Sept 2011, surat jawapan Karpal bertarikh 27 Okt 2011, surat jawapan Malik bertarikh 29 Dis 2011.

Turut diberi pertimbangan ialah penghakiman Malik dalam kes Pet Far Eastern (M) Sdn Bhd lawan Tay Young Huat tahun 1999 dan penghakiman Selvam dalam kes Star Cruise Services Ltd lawan Overseas Union Bank Ltd tahun yang sama, katanya.

Che Wan Zaidi berkata Ketua Hakim Negara turut memberi pertimbangan kepada surat yang dihantar oleh Selvam kepada beliau (Ketua Hakim Negara) bertarikh 2 Nov 2011 yang menjelaskan bahawa beliau (Selvam) tidak pernah membuat aduan bahawa Hakim Malaysia telah memplagiat penghakiman beliau.

"Beliau (Selvam) juga menyatakan tiada asas untuk membuat aduan kelakuan plagiat oleh Hakim di Malaysia," katanya.

Dalam satu petikan dalam surat berkenaan, Che Wan Zaidi mendedahkan Selvam telah menjelaskan dengan perkataannya sendiri: "Akhirnya, ia adalah tidak benar bahawa saya membuat aduan kepada kerajaan mengenai plagiat. Saya tidak ada apa untuk diadukan atas alasan plagiat dan juga terus kepada kerajaan jiran."

Surat itu juga menyebut: "saya ulangi saya tidak buat aduan dan tidak ada sebab untuk membuat aduan mengenai plagiat terhadap seorang hakim Malaysia."

Che Wan Zaidi berkata Selvam telah menulis surat itu kepada Ketua Hakim Negara atas kehendak beliau sendiri tanpa diminta untuk berbuat demikian oleh mana-mana pihak.

"Dalam hal ini Badan Kehakiman Malaysian ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau atas penjelasan yang diberikan," katanya.

Beliau berkata adalah diharapkan semua pihak dapat meneliti kedua-dua penghakiman berkenaan terlebih dahulu dan tidak membuat spekulasi dan tohmahan yang tidak berasas.

"Perlu diingatkan bahawa kebebasan dan integriti Badan Kehakiman adalah suatu perkara yang penting untuk dipertahankan oleh semua pihak demi keadilan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan