Tiga Bekas Pemandu Bas RapidKL Didakwa Curi Wang Touch n Go RM150

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tiga bekas pemandu bas RapidKL mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu secara berasingan atas tuduhan mencuri wang hasil tambah nilai kad Touch and Go berjumlah RM150, setiap seorang, pada Ogos tahun lepas.

Mohd Azrul Idzwan Azmi, 31, dari Jalan Kota Raja, Klang dekat sini, Mohamad Fadhli Azmi, 29, dari Karak, Pahang dan Mohd Helmi Sulong, 27, dari Gemas, Negeri Sembilan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa mahkamah.

Mohd Azrul didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 11.51 malam, 1 Ogos tahun lepas, Mohd Helmi pada pukul 11.21 malam pada 1 Ogos tahun lepas dan Mohamad Fadhli pada pukul 12.53 pagi, 5 Ogos tahun lepas.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Depoh RapidKL Seksyen 22 di sini dan dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Nurul Syahida Zainal membenarkan Mohd Azrul, Mohd Helmi dan Mohamad Fadhli dibebaskan dengan jaminan RM2,000 serta seorang penjamin setiap seorang dan menetapkan 2 Feb depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya R.Hemavathi sementara ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Datuk Taqiyuddin Yahya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan