Empat Ahli KPF Tarik Balik Saman Pemula Halang Mesyuarat Agung KPF

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Empat ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) hari ini menarik balik saman pemula bagi menghalang Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF diadakan pada Khamis.

Keputusan itu dibuat Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya dari Felda Jengka 15, Maran setelah mereka dimaklumkan bahawa mesyuarat itu telah dibatalkan.

Hakim Datuk Mariana Yahya dalam kamarnya menasihatkan keempat-empat mereka berbuat demikian selepas peguam KPF, J. Doshi menyatakan bahawa mesyuarat agung tersebut telah dibatalkan oleh KPF.

Peguam plaintif, Mohd Harris Abdullah berkata Mariana selain itu memaklumkan bahawa kuasa yang dituntut plaintif iaitu mesyuarat berkenaan juga tidak wujud.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya pihak Felda akan meneruskan Mesyuarat Agung KPF pada masa akan datang, pihaknya akan memfailkan injunksi sekali lagi untuk menghalangnya.

Pada 23 Disember lepas, empat orang ahli KPF tersebut memfailkan saman pemula terhadap KPF dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi Temerloh bagi memohon injunksi mahkamah untuk menghalang Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF diadakan pada Khamis. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan