Ejen Kad Kredit Dipenjara 13 Tahun Kerana Membunuh

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang ejen kad kredit dihukum penjara 13 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah atas tuduhan pilihan menyebabkan kematian seorang ejen insuran, tiga tahun lepas.

Tertuduh, Tan Choon Song, 38, mengaku melakukan perbuatan itu terhadap mangsa, Cham Chee Cau, yang berusia 25 tahun semasa kejadian, di Lorong Jalan Abiad, Taman Maju, di sini antara pukul 1.30 pagi hingga 2.30 pagi, 16 Ogos 2009.

Tan didakwa mengikut pertuduhan pindaan iaitu Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun.

Sebelum ini, Tan didakwa mengikut Seksyen 302 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Mahkamah meminda pertuduhan itu kepada Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan ketika memberikan keputusan di akhir kes pendakwaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Samsudin Hassan berkata, keterangan pihak pendakwaan cukup untuk mensabitkan tertuduh di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan. Pendakwaan kes dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rahimah Abd Majid manakala tertuduh diwakili peguam Pang Kong Seng.

Terdahulu, Rahimah dalam prosiding berkenaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana kesalahan tertuduh serius.

"Tempoh penjara tertuduh tidak mampu mengembalikan semula nyawa mangsa dan saya mohon mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam," katanya.

Samsudin kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun kepada tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap pada 16 Ogos 2009. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan