Bapa Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Kurung Dua Anak

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang bapa mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan terhadap tuduhan mengurung dua orang anaknya berusia enam dan dua tahun di dalam bilik air yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi.

Majistret Mohd Zamir Suhaimee bagaimanapun membenarkan tertuduh Tan Hooi Keong, 43, diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Feb depan untuk sebutan semula kes.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi terhadap anak perempuannya, Tan Ming Zhi, 6, dengan merantai kaki mangsa dengan rantai besi dan mengurungnya di dalam bilik air pada 28 Dis 2011, antara pukul 3 petang dan 8 malam.

Pertuduhan kedua pula, dia didakwa menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi terhadap anak lelakinya, Tan Ming Han, 2, dengan merantai kaki mangsa dengan rantai besi dan mengurungnya di dalam bilik air pada tarikh dan masa yang sama.

Tertuduh yang bekerja sendiri, didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di rumah nombor 21, Jalan Mawar, Taman Dahlia, Butterworth dekat sini.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun atau denda tidak kurang RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Masnuraznim Abdul Malik, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan