Edar Syabu, Pereka Hiasan Dalaman Ke Tali Gantung

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pereka hiasan dalaman dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis syabu seberat 3.98 kilogram, tujuh tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu ke atas Lee Boon Kwang, 40, dari Johor Baharu, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, beliau menolak pembelaan Lee yang mendakwa dia tidak mengetahui tentang dadah itu dan menafikan beg yang mengandungi dadah berkenaan adalah miliknya.

Lee, yang bekerja di Singapura, didakwa mengedar 3,984.4 gram dadah jenis methylenedioxy methamphetamine (MDMA) di pejabat Narkotik, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada pukul 7.10 pagi, 25 Sept 2004.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman sementara Lee diwakili peguam Zamani Dolmat yang menyebut bagi pihak peguam James George.

Lee sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan 10 kali sebatan selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan pindaan memiliki dadah yang sama mengikut Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952 di akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun, dia kemudian diperintah membela diri atas tuduhan mengedar dadah selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sama yang meminda pertuduhan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan