Datuk Shamsulbahrin Ismail Didakwa Atas Dua Pertuduhan Menipu Pengerusi NFC - Berita Mahkamah | mStar

Datuk Shamsulbahrin Ismail Didakwa Atas Dua Pertuduhan Menipu Pengerusi NFC

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail didakwa pada Jumaat atas dua pertuduhan menipu Pengerusi Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Shamsulbahrian yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Shamsubahrin Ismail Resouces Sdn Bhd, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain petang Jumaat.

Ahmad Zamzani membenarkan Shamsulbahrin, 45, dari Bukit Jelutong, Shah Alam, diikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Beliau menetapkan 31 Jan depan untuk sebutan semula kes.

Shamsulbahrin dipercayai memperdaya Mohamad Salleh untuk membayar perkhidmatannya di sebuah restoran di Bukit Tunku pada pukul 6 petang, 20 November lalu.

Beliau ditahan pada 21 Disember apabila dia didakwa cuba menyogok beberapa pegawai kanan polis yang mengendalikan siasatan NFC dengan wang berjumlah kira-kira RM1.7 juta bagi mengelak daripada ditahan.

Dia masih lagi ditahan reman sehingga dibicarakan di Mahkamah pada Jumaat.

NFC mencetuskan kontroversi apabila Laporan Ketua Audit Negara pada Oktober mendedahkan syarikat tersebut tidak terurus dan gagal membekalkan daging lembu seperti disasarkan.

Syarikat tersebut menerima pinjaman sebanyak RM250 juta daripada kerajaan untuk membangunkan industri penternakan lembu berskala besar dalam tempoh jangka masa panjang bagi memastikan bekalan daging di negara ini mencukupi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) menjalankan siasatan ke atas syarikat tersebut dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga isteri kepada Mohamad Salleh untuk mengetahui sama ada beliau terlibat memberikan pinjaman itu kepada NFC.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan