Aduan Karpal Singh Mengenai Hakim Tiada Merit - Ketua Hakim Negara

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria hari ini menolak aduan yang mengaitkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Malik Ishak telah memplagiat penghakiman seorang hakim mahkamah Singapura pada tahun 2000 kerana ianya tidak mempunyai merit.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Hakim Negara, keputusan itu dicapai selepas siasatan dan perbincangan diadakan dengan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif.

"Berdasarkan siasatan yang dijalankan dan setelah berbincang dengan Presiden Mahkamah Rayuan menurut Seksyen 13 (1) Kod Etika Hakim 2009, Ketua Hakim Negara berpendapat bahawa dakwaan plagiarisma oleh Hakim Mahkamah Rayuan seperti yang dibangkitkan oleh Karpal Singh tidak mempunyai merit dan aduan tersebut ditolak," kata kenyataan itu yang dikeluarkan oleh Pegawai Khas I kepada Arifin, Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Beliau berkata Ketua Hakim telah menerima satu surat aduan bertarikh 29 September lepas daripada Karpal yang mendakwa seorang Hakim Mahkamah Rayuan telah memplagiat penghakiman seorang hakim mahkamah Singapura.

Che Wan Zaidi berkata Karpal telah dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara itu melalui surat daripada Pejabat Ketua Hakim Negara. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan