Tiga Pengarah Syarikat Pertanian Didakwa Perdaya 12 Individu

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tiga pengarah sebuah syarikat pertanian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan memperdaya 12 individu membabitkan pelaburan projek ternakan ikan patin bernilai kira-kira RM1.1 juta.

Johar Arifin Baki, 45, S.Suresh Kumar, 30, dan Auni Zafirah Abdul Rahim, 25, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Slamat Yahya.

Sebagai pengarah syarikat Premier Agro Sdn Bhd ketiga-tiga mereka didakwa bersama-sama telah memperdaya dengan niat menipu 12 pelabur individu dengan menawarkan skim ternakan benih ikan dalam sangkar menjajanjikan pulangan kepada pelaburan tersebut.

Para pelabur tersebut telah membayar wang pelaburan mereka yang dimasukkan ke dalam akaun syarikat Premier Reliance (M) Sdn Bhd.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di premis syarikat mereka yang mempunyai alamat perniagaan di No: 19, Jalan Kasuarina 7, Botanic Capital, Bandar Ambang Botanic, Klang dekat sini, antara 15 Mei 2009 dan 3 Julai 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 366(3) Akta Syarikat 1965 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM30,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Hakim Slamat membenarkan ketiga-tiga tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM12,000 serta seorang penjamin setiap seorang dan menetapkan 1 Feb tahun depan untuk sebutan semula kes. Mereka diperintahkan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes itu selesai.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Shari'ah Abu sementara ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan