Lelaki Warga India Didakwa Perdagang Wanita Senegara

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga India mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memperdagangkan rakan senegaranya dengan mengurung wanita itu dalam sebuah rumah di Pantai Dalam, empat minggu lepas.

S.Murugan, 44, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Najimunisha Begam, 38, di Blok 57-7-14, Apartmen Pantai Indah pada 12.30 tengah hari 8 Dis lepas, mengikut Seksyen 13 Akta AntiPemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran 2007, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin warga Malaysia dan menetapkan 27 Jan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar menawarkan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin serta syarat tambahan iaitu pasport Murugan diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan dua minggu sekali pada setiap bulan.

Peguam V.Rajehgopal pula memohon jumlah jaminan dikurangkan kepada RM6,000 kerana Murugan tidak memiliki wang mencukupi untuk membayar jaminan yang ditawarkan pendakwaan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan