Pekebun Sayur Dituduh Edar 3.64Kg Syabu - Berita Mahkamah | mStar

Pekebun Sayur Dituduh Edar 3.64Kg Syabu

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang pekebun sayur hari ini dituduh mengedar dadah jenis syabu seberat 3.64 kilogram di Mahkamah Majistret di sini.

Tertuduh Leong Chai Wai, 43 dari Taman Sri Ampang di sini didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Baru, Ampang Baru pada 10 pagi, 15 Disember lepas.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang diwakili peguam Datuk Naran Singh di hadapan Majistret Haslina A Raof.

Leong didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama Seksyen 39B (2) yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa raya Nurul Qistini Qamarul Abrar.

Majistret Haslina kemudiannya menetapkan kes disebut semula pada 28 Februari sementara menunggu laporan kimia. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan