Kalimullah Lawan Chang: Nor Mohamed Ketepikan Sapina

Diterbitkan: Selasa, 27 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tidak perlu memberi keterangan dalam saman yang dikemukakan Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan terhadap peguam Matthias Chang Wen Chieh.

Mahkamah Tinggi pada 20 Dis lalu membenarkan Nor Mohamed, yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mengenepikan sapina supaya dia menjadi saksi untuk Chang dalam saman tersebut.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, peguam bagi pihak Chang memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa Hakim Datuk Asmabi Mohamad membenarkan permohonan Nor Mohamed mengenepikan sapina setelah mendengar hujah kedua-dua pihak.

Vinod berkata mahkamah juga menetapkan 4 Jan sebagai tarikh untuk memutuskan permohonan sama (mengenepikan sapina) dibuat oleh Ketua Pemuda, Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan pekerja Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Pada 2 Disember lepas, mahkamah membenarkan permohonan pengasas Limkokwing University of Creative Technology, Tan Sri Lim Kok Wing untuk mengenepikan sapina terhadapnya bagi kes yang sama, manakala bekas pengarah South Peninsular Industries Bhd, Tan Sri Azman Hashim pula akan memberi keterangan setelah dia menarik balik permohonannya.

Keempat-empat mereka dan pekerja SC telah disapina sebagai saksi kepada Chang dalam perbicaraan saman sedang berjalan yang dikemukakan oleh Kalimullah, bekas timbalan pengerusi New Straits Times Press Bhd terhadapnya (Chang).

Pada 29 Jun 2006, Kalimullah memfailkan saman malu selepas Chang dikatakan mengeluarkan kenyataan terhadap pemohon, di satu sidang akhbar, yang beritanya disiarkan Singapore Straits Times melalui wakilnya di Malaysia, Leslie Lau.

Pemohon meminta bayaran gantirugi RM50 juta, kos, faedah dan injunksi bagi menghalang Chang daripada menerbitkan lagi kata-kata yang sama.

Kalimullah antara lain dalam samannya itu berkata kata-kata yang tersiar dalam tulisan berita tersebut membawa maksud bahawa dia seorang tidak jujur, tanpa kredibiliti , tidak boleh dipercayai, berperangai buruk dan pengkhianat kepada rakyat Malaysia.

Chang, yang dahulunya seorang setiausaha politik kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, juga telah mengemukakan saman balas terhadap Kalimullah pada 14 Julai 2006, yang antara lain menuntut gantirugi RM150 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan