Dua Beradik, Rakan Didakwa Merusuh Depan Sekolah

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua beradik dan seorang rakan mereka hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rusuhan, Isnin lepas.

L. Visvanathan, 21, L. Gopinathan, 20, dan S. Lugantran, 16, didakwa bersama-sama merusuh bersenjatakan topi keledar di depan Sekolah Kebangsaan La Salle Jinjang Utara, Sentul di sini pada 11 malam, 19 Disember lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Loh Wei Dhin menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, namun ketiga-tiga tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM1,000.

Majistret Parvin Hameedah Natchiar membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Feb depan untuk sebutan semula kes untuk melantik peguam.

Kedua-dua beradik itu dijamin oleh bapa mereka manakala Lugantran dijamin oleh abangnya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan