Lelaki Tinggalkan Ular Di Depan Rumah Jiran Diperintah Untuk Berkelakuan Baik

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki pada Selasa, diperintah berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan sebanyak RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana sengaja meninggalkan karung berisi seekor ular sawa sepanjang 2.74 meter di depan rumah jirannya.

Majistret Mohd Azali Ibrahim membuat keputusan itu selepas S. William Hendrix, 22, mengaku melakukan kesalahan tersebut di depan sebuah unit kediaman di Blok O6-08-03, Projek Perumahan Rakyat Desa Tun Razak, Jalan 9/118B, Cheras pada 9.40 malam, Jumaat lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hendrix diwakili peguam Wan A.Fadzil Wan Omar manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Chew Zi Xian. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan