Pembunuhan Altantuya: Pengurusan Kes Rayuan Dua Anggota Polis Pada 10 Feb

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Rayuan dua anggota polis yang disabitkan dengan pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 10 Februari depan.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Azmi Kari menetapkan tarikh itu selepas perkara itu dikemukakan kepada beliau pada Jumaat.

Hadir pada prosiding itu ialah peguam Datuk Hazman Ahmad dan J.Kuldeep Kumar yang mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup bagi pihak pendakwaan. Hazman dan Kuldeep juga menyebut bagi pihak peguam Koperal Sirul Azhar Umar.

Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April, 2009, setelah mendapati mereka bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Oktober, 2006, dan 9.45 malam hari berikutnya.

Perbicaraan kes mereka berlangsung selama 159 hari.

Kedua-dua mereka, yang merupakan komando dalam pasukan elit Unit Tindakan Khas, kemudiannya memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, didakwa bersubahat dengan kedua-dua tertuduh itu dalam kes pembunuhan Altantuya. Dia dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober, 2008, tanpa dipanggil membela diri.

Hazman memberitahu pemberita bahawa rekod rayuan mengandungi 65 jilid dan tiga jilid adalah asas penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin. Azilah dan Sirul memberi keterangan ketika membela diri, dengan Azilah memberi keterangan dari tempat duduk saksi manakala Sirul pula berbuat demikan dari kandang tertuduh.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh kedua-dua tertuduh itu hanyalah "penafian dan menyalahkan satu sama lain." - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan