Menteri Besar, Kerajaan Terengganu Saman ADUN Batu Buruk

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Terengganu dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pada Khamis, memfailkan saman fitnah terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk dari Pas, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan tiga yang lain atas dakwaan memfitnah berkaitan bantuan sekolah berjumlah RM30 juta.

Dalam saman itu, selain kerajaan negeri dan Ahmad, turut dinamakan sebagai plaintif ialah dua peniaga iaitu Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin yang diberikan kontrak membekalkan pakaian dan peralatan sekolah.

Mereka menfailkan saman itu melalui Tetuan Hisham, Sobri dan Kadir di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Dalam saman itu, selain Syed Azman, turut dinamakan sebagai defendan ialah pemegang permit akhbar Harakah, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang akhbar Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan syarikat pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd.

Dalam pernyataan tuntutan, mereka mendakwa Syed Azman telah mengarang satu artikel berbaur fitnah bertajuk 'Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah?' yang disiarkan di akhbar Harakah pada 11 hingga 13 November lepas.

Mereka mendakwa defendan berniat jahat mencetak dan menerbitkan artikel fitnah itu yang mengaitkan dan mendakwa kenyataan itu adalah difahami merujuk kepada mereka.

Mereka juga mendakwa artikel itu membawa maksud atau difahami bahawa kerajaan negeri dan menteri besar tidak telus dalam pemberian kontrak membekalkan pakaian dan alatan sekolah di bawah program bantuan pakaian dan alatan sekolah itu.

Program itu adalah bagi membantu pelajar miskin di negeri itu untuk meringankan beban kewangan keluarga miskin dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.

Dalam pernyataan tuntutan itu, mereka memohon ganti rugi am, ganti rugi khas, melampau, teladan, dan kos dan juga satu perintah injuksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan artikel fitnah itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan