Mahkamah Batal Saman Pengikut Syiah Terhadap Utusan

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, hari ini berjaya dalam permohonan bagi membatalkan saman yang difailkan seorang pengikut Syiah yang ditangkap dalam satu serbuan pada Disember tahun lepas berhubung artikel yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia.

Hakim Datuk V.T.Singham membenarkan permohonan Utusan untuk membatalkan saman Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz selepas mendengar hujahan peguam M.Reza Hassan yang mewakili Utusan dan Azhana Mohd Khairudin bertindak bagi Mohd Kamilzuhairi.

Dalam keputusannya, Hakim Singham memutuskan plaintif (Mohd Kamilzuhairi) gagal menimbulkan kausa tindakan yang munasabah terhadap defendan pertama(Utusan).

Beliau juga berkata kenyataan yang dikatakan menfitnah dan disiarkan di Utusan Malaysia pada 17 Dis itu tidak sama sekali merujuk kepada plaintif.

Hakim Singham berkata beliau bersetuju dengan hujahan peguam defendan bahawa keputusan mahkamah hari ini harus konsisten dengan keputusan yang dibuat pada 31 Okt lepas berhubung saman yang sama.

Pada tarikh itu, Hakim Singham membenarkan permohonan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Muhammad Khusrin Munawi yang dinamakan sebagai defendan kedua dan Jais sebagai defendan ketiga bagi membatalkan saman Mohd Kamilzuhairi.

Hakim Singham juga menolak permohonan Azhana bagi menggantung prosiding kes saman terhadap Utusan sehingga selesai rayuan mereka berhubung keputusan mahkamah pada 31 Okt lepas, diputuskan di Mahkamah Rayuan.

Beliau berkata plaintif gagal menunjukkan sebarang fakta atau alasan khas bagi mahkamah membenarkan permohonan untuk menggantung prosiding itu.

Beliau memerintahkan Mohd Kamilzuhairi membayar kos sebanyak RM4,500 kepada Utusan.

Pada 16 Jun lepas, Mohd Kamilzuhairi menfailkan saman terhadap penerbit dan pencetak akhbar harian Utusan Malaysia dan akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu, Muhammad Khusrin dan Jais atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung serbuan itu.

Mohd Kamilzuhairi mendakwa pada 16 Dis tahun lepas, Muhammad Khusrin dan Jais telah mengeluarkan kenyataan fitnah yang kemudiannya disiarkan di Utusan Malaysia pada 17 Disember. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan