Hukuman Pembantu Hal Ehwal Islam JAIBP Kekal

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000 terhadap seorang Pembantu Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Balik Pulau yang didakwa menerima rasuah RM1,000 pada 2005.

Hakim Datuk Low Hop Bing yang bersidang bersama Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Clement Allan Skinner membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai.

Low memerintahkan Ahmadi Yahaya, 38, menjalani hukuman itu mulai Selasa.

Ahmadi didakwa menerima rasuah daripada Mohd Fairus Ismail sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas beliau dan Fauziah Ismail yang disyaki berkhalwat pada 13 Disember 2004, di Jabatan Agama Islam Balik Pulau.

Mahkamah Sesyen George Town menjatuhkan hukuman itu pada 25 April 2007, bagaimanapun, ia diketepikan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Jun lepas.

Di mahkamah sama, hukuman seorang Penguasa Kastam Rosman Kassim, 52, yang didakwa meminta dan menerima suapan RM500 daripada seorang pemandu bas pelancong pada Oktober 2003, dikurangkan kepada penjara 14 hari dan denda RM10,000. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan