Dua Beranak Dipenjara Kesalahan Rasuah

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Dua beranak yang kedua-duanya peniaga dipenjara sehari oleh Mahkamah Sesyen di sini Selasa selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan berasingan memberi rasuah kepada seorang Penolong Pegawai Tanah di sini.

Hakim Julie Lack Abdullah turut mengarahkan Ong Eng Lin, 47, membayar denda RM12,500 atau penjara tiga bulan manakala anaknya Ong Kien Choong, 25, didenda RM60,000 atau penjara tiga bulan berhubung kesalahan itu.

Ong mengaku bersalah terhadap tuduhan memberikan wang suapan berjumlah RM2,500 kepada Megat Saiful Nizam Megat Wahab dari Pejabat Tanah dan Galian Ipoh dalam sebuah kenderaan di Jalan Dato' Ahmad Said di sini pada 3 petang 11 Jan lepas.

Wang itu adalah sebagai dorongan supaya Megat Saiful tidak tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana menggunakan doket yang tidak sah bagi pengeluaran pasir.

Kien Choong pula mengaku bersalah memberi wang suapan kepada Megat Saiful sebanyak RM12,000 agar tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana menggunakan doket yang tidak sah bagi pengeluaran pasir.

Dia melakukan kesalahan itu di Restoran Sabar Menanti di sini pada 10.35 malam 11 Dis tahun lepas.

Kedua-dua beranak itu yang diwakili peguam Abdul Roni Abdul Rahman memohon mahkamah mengenakan denda yang minimum terhadap mereka kerana ia merupakan kesalahan yang pertama mereka.

Pendakwaan dijalankan oleh M.Kahtan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan