Bekas Pengarah JPJ Negeri Sembilan Mengaku Tidak Bersalah Terima Tiket Penerbangan, Penginapan - Berita Mahkamah | mStar

Bekas Pengarah JPJ Negeri Sembilan Mengaku Tidak Bersalah Terima Tiket Penerbangan, Penginapan

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Bekas pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Mohd Kamal Saad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Isnin atas tuduhan menerima tiket penerbangan dan penginapan daripada sebuah syarikat memandu untuk menghadiri satu mesyuarat di Sabah, tahun lalu.

Mohd Kamal, 57, membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datin Nursinah Adzmi.

Mengikut pertuduhan, Mohd Kamal didakwa menerima tiket penerbangan pergi balik Kuala Lumpur-Kota Kinabalu dan penginapan selama satu hari di Hotel Promenade, Kota Kinabalu daripada Sharifah Norliza, 45, yang juga pemilik Institut Memandu Empatsempurna (M) Sdn Bhd yang terletak di Lukut, Port Dickson.

Mohd Kamal yang kini bertugas sebagai Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia di Putrajaya didakwa menerima tiket dan tempahan hotel itu tanpa balasan di pejabat JPJ negeri pada 24 Julai tahun lalu walaupun mengetahui wanita itu ada kena mengena dalam urusan yang dijalankan oleh beliau ketika itu.

Tiket penerbangan berharga RM298 dan penginapan bernilai RM390 diberikan kepada Mohd Kamal bagi menghadiri mesyuarat JPJ bersama institut memandu Negeri Sembilan dari 24 hingga 26 Julai 2010 di Kota Kinabalu.

Mohd Kamal didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Fairuz Johari memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Mohd Kamal, Ramzani Idris dan Muhammad Faiz Fadzil memohon ikat jamin dikurangkan dengan alasan tertuduh akan bersara dalam tempoh enam bulan, selain perlu menyara keluarganya.

Nursinah kemudiannya membenarkan tertuduh dikenakan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Feb depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan