Mengaku Salah Miliki Pedang Samurai - Berita Mahkamah | mStar

Mengaku Salah Miliki Pedang Samurai

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki sebilah pedang samurai berukuran 14 inci dan dua pil yang mengandungi dadah jenis Erimin 5, Khamis lepas.

Abdul Halil Kamaruzaman, 41, didakwa memiliki sebilah pedang samurai tertera tulisan T5E tanpa kebenaran yang sah daripada pihak berkuasa di dalam bilik Hotel Grand Millenium, Jalan Bukit Bintang, Dang Wangi di sini pada 10.30 malam, 8 Dis lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Sejata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan sebat.

Bagi pertuduhan kedua, Abdul Halil didakwa memiliki dua pil yang mengandungi dadah jenis Erimin 5 anggaran berat 0.6 gram di Tingkat 3, tempat letak kereta hotel yang sama pada pukul 11 malam, hari yang sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum menurut Seksyen 12(3) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih dari lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Majistret Parvin Hameedah Natchiar menetapkan 12 Jan depan untuk jatuh hukum bagi kedua-dua kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tan Siew Ping manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan