Mat Sabu Fail Permohonan Kebenaran Semakan Kehakiman Terhadap Najib

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia berhubung pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 di Parlimen.

Saman pemula itu difailkan oleh Mohamad atau lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' dan dua yang lain iaitu Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Md. Ramli dan Anggota Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad di Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates pada 2 Disember lepas.

Mereka selaku pemohon menamakan Najib, yang juga Anggota Parlimen Pekan dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Hakim Datuk Rohana Yusuf kemudiannya menetapkan Khamis ini untuk mendengar permohonan itu selepas menemui Peguam Kanan Persekutuan Muzila Mohamed Arsad yang mewakili responden dan peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili pemohon di kamar pada Isnin.

Dalam saman pemula itu ketiga-tiga mereka memohon perintah deklarasi bahawa responden telah bertindak melebihi kuasa dan menyalahgunakan kuasa apabila memperkenalkan dan membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen bagi tujuan menjadikannya sebagai undang-undang/Akta yang boleh dikuatkuasakan, meskipun ia mengandungi peruntukan-peruntukan yang bercanggah dengan Perkara 10(1)(b)dan 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Mereka juga memohon perintah larangan bagi melarang responden-responden daripada terus bertindak melebihi kuasa mereka dengan melarang responden meneruskan segala proses bagi menjadikan rang undang-undang itu sebagai Akta yang boleh dikuatkuasakan.

Ketiga-ketiga mereka juga memohon satu perintah bagi memaksa responden-responden mengambil langkah yang perlu dan wajar sama ada menarik balik rang undang-undang itu atau membuat pindaan yang perlu agar ianya selaras dengan peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, mereka memohon semua arahan dan perintah yang perlu dan berbangkit diberikan dan perintah-perintah lain yang difikirkan sesuai dan wajar oleh mahkamah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan