Tengku Fakhry Saman Polis RM150 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tengku Muhammad Fakhry Petra, adinda kepada Sultan Kelantan, memfailkan saman berjumlah RM150 juta terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan tiga lagi berhubung penahanannya yang didakwanya dibuat secara salah pada Ogos 2009.

Dalam writ saman itu yang difail menerusi Tetuan A S Dhaliwal di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, beliau menamakan Ismail, Ketua Pengawal Peribadi Sultan Kelantan ASP Norazman Ismail, Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Polis Diraja Malaysia sebagai defendan pertama hingga keempat.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Tengku Muhammad Fakhry berkata tindakannya itu bukan kerana wang tetapi untuk mendapatkan keadilan.

Mengikut penyata tuntutannya, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa beliau telah ditahan secara salah pada 30 Ogos 2009 di perkarangan Istana Mahkota Kubang Kerian ketika sedang memandu kereta jenis Bentley Brooklands.

Tengku Muhammad Fakhry berkata beliau membawa kenderaan itu atas arahan Sultan Ismail Petra untuk dihantar ke Singapura tetapi berikutan arahan defendan kedua dan ketiga, anggota polis telah menghalang beliau memandu kenderaan tersebut dan menutup pintu pagar istana tanpa memberi sebarang alasan.

Tengku Muhammad Fakhry mendakwa anggota polis menahan beliau selama sejam sebelum membenarkannya keluar dari Istana Mahkota tanpa membawa kenderaan itu.

Sambil menganggap penahanan itu sebagai mala fide dan salah di sisi undang-undang, beliau memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi keterlaluan dan teladan sebanyak RM50 juta, faedah pada kadar 4 peratus, kos dan lain-lain. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan