Jurutera Didakwa Cederakan Pengurus Jualan Yahoo! Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Jerman pada Jumaat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas pengurus jualan laman web YAHOO! Malaysia pada Ahad lepas.

Pertuduhan terhadap Felix Sebastian, 37, dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Inggeris di hadapan Hakim Mahmud Abdullah.

Felix, yang bekerja sebagai jurutera dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah pada mata kiri rakannya, Ashvin Danny Holtkamp, 24, dengan menggunakan sebiji gelas panjang di Kelab 21, Bangsar Shopping Centre, Bangsar antara 12 pagi hingga 12.30 pagi, pada 4 Disember lepas.

Tertuduh yang ditangkap pada hari yang sama didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Supritendan R.Munusamy menawarkan jaminan sebanyak RM50,000 dengan dua penjamin warga tempatan dan memohon supaya pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Peguam S.Selva Balan memohon supaya jaminan itu dikurangkan kepada RM5,000 berserta syarat-syarat yang sesuai bagi pelepasan pasport kerana anak guamnya telah menempah tiket ke Jerman pada 24 Okt lepas bagi menyambut perayaan Krismas pada 25 Disember ini.

"Tertuduh yang telah berpisah dengan isteri akan berlepas ke Jerman pada Ahad ini untuk meraikan Krismas bersama dua anaknya yang tinggal di sana dan dia boleh menyerahkan kembali pasport berkenaan kepada mahkamah pada minggu kedua bulan Februari 2012," katanya.

Hakim Mahmud membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan dua penjamin warga tempatan dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah serta perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan dua minggu sekali sehingga kes selesai.

Mahkamah juga membenarkan permohonan pembelaan bagi pelepasan pasport untuk tertuduh menyambut Krismas dan perlu menyerahkan kembali pasport berkenaan kepada mahkamah pada atau sebelum 1 Februari tahun depan sekembalinya ke Malaysia pada 29 Disember ini.

Mahkamah turut menetapkan 2 Februari depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan