Saman Syabas Terhadap MB Selangor Capai Penyelesaian

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saman fitnah berhubung program Tabung Budi yang dibawa Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu, mencapai penyelesaian.

Hakim Mahkamah Tinggi Amelia Tee Hong Geok Abdullah mencatatkan terma penyelesaian oleh kedua-dua pihak dalam kamar.

Peguam Firdaus Husni, yang mewakili Abdul Khalid, memberitahu pemberita bahawa kedua-dua pihak telah mencapai satu persetujuan bagi menyelesaikan perkara itu.

"Plaintif (Syabas) menarik balik tindakan itu. Hari ini kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menyelesaikan tindakan itu (saman)," katanya.

Peguam S.Ravindran yang mewakili Syabas memberitahu pemberita bahawa perbincangan diadakan antara kedua-dua pihak berhubung penyelesaiannya pada Isnin apabila saman itu didengar di hadapan Hakim Amelia.

"Saman itu tidak akan diteruskan lagi, perkara itu telah selesai," katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan terma penyelesaian, dengan berkata ia adalah sulit.

Seorang lagi peguam Cheng Chang Chai berkata empat saksi plaintif telah memberi keterangan semasa perbicaraan, yang bermula pada 24 November manakala defendan masih belum memulakan kesnya.

Syabas memfailkan saman terhadap Abdul Khalid pada Januari tahun ini, dengan mendakwa bahawa Abdul Khalid telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap syarikat dalam sidang akhbar pada 22 November tahun lepas berhubung program Tabung Budinya.

Dalam kenyataan tuntutannya, Syabas berkata kenyataan fitnah dibuat Abdul Khalid diterbitkan dalam satu artikel bertajuk "Tarik Balik Lesen Syabas - Khalid", yang dikeluarkan Bernama pada hari yang sama, dan Harian Metro pada 23 November.

Syabas berkata kenyataan Abdul Khalid boleh membawa makna bahawa Syabas telah menipu orang ramai dengan program Tabung Budinya. Syarikat konsesi itu menuntut ganti rugi, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Abdul Khalid dalam kenyataan pembelaannya, berkata Syabas tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman fitnah kerana ia dibuat dalam satu majlis awam dan beliau tidak bertanggungjawab dengan laporan media yang diterbitkan oleh pihak ketiga. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan