Pegawai Kastam Minta Dibicarakan

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pegawai Kastam dan Eksais Diraja Malaysia tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas dakwaan cuba meminta RM2,000 sebagai suapan untuk meluluskan satu borang deklarasi barangan import.

K.S. Elango, 55, dari Kampung Jawa, Klang mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan tersebut di Wisma Kastam Pelabuhan Barat, Pulau Indah, Klang.

Dia dakwa kerana meminta RM1,000 suapan daripada Nurizal Aliteh, 31, pada jam 6 petang pada 25 April 2007.

Tertuduh juga didakwa cuba meminta sebanyak RM300 daripada Nurizal lebih kurang 10 minit selepas itu.

Pertuduhan ketiga ke atasnya pula ialah dia kemudiannya cuba meminta suapan sebanyak RM700 daripada kerani sebuah syarikat penghantaran barangan, Kamarulhazrin Abd Karim, 31, pada jam 11.40 malam pada 6 Mei 2007.

Tertuduh telah ditahan pada 9 Mei 2007 dan didakwa di bawah Seksyen 10 (a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Pendakwaan dilakukan oleh Azuan Adzhar dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hakim M. Bakri Abd Majid menetapkan ikat jamin RM3,000 dengan satu jaminan dan menetapkan perbicaraan selama lima hari dari 1 Februari depan.

Pihak pendakwaan dijangka memanggil sekurang-kurangnya 15 saksi dalam kes itu.

Peguam, R. Rathakrishnan dan R. Ravendren mewakili tertuduh.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan