Kes Liwat: Mahkamah Tetapkan 12 & 13 Disember Tarikh Baru Penggulungan Hujah

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 12 dan 13 Disember ini sebagai tarikh baru penggulungan akhir hujah pembelaan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh baru itu selepas menemui pihak pendakwaan dan pembelaan di kamarnya hari ini setelah peguam yang mengetuai pihak pembelaan, Karpal Singh menulis kepada mahkamah memohon perkara itu ditangguhkan ke Isnin ini.

Karpal ketika ditemui di kompleks mahkamah itu berkata Mohamad Zabidin telah melapangkan tarikh 8 dan 9 Disember yang ditetapkan sebelum ini.

"Hakim membenarkan permohonan kami selepas bantahan keras pihak pendakwaan di mana Timbalan Pendakwa Raya Wong (Wong Keng kiat) menegaskan bahawa masa yang diberikan mencukupi untuk pihak pembelaan dan tiada alasan kukuh untuk pelanjutan," kata Karpal Singh.

Bagaimanapun, kata beliau pihak pembelaan memerlukan lebih masa terutamanya untuk menyediakan transkrip nota perbicaraan membabitkan dua saksi pakar dari Australia iaitu pakar DNA Dr Brian Leslie McDonald dan pakar forensik Dr David Lawrence Noel Wells.

Ini merupakan tarikh ketiga yang ditetapkan mahkamah, selepas tarikh asal pada 23 dan 24 November setelah pihak pembelaan memohon lanjutan masa bagi memfailkan hujahan selepas mereka menyatakan tidak dapat menyiapkan transkrip nota perbicaraan.

Anwar, 64, sedang dibicara berhubung tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan