Penganggur Curi Duit Tabung Surau Dipenjara Tujuh Hari - Berita Mahkamah | mStar

Penganggur Curi Duit Tabung Surau Dipenjara Tujuh Hari

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri duit tabung surau, seorang penganggur pada Isnin dipenjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Majistret Parvin Hameedah Natchiar memerintahkan hukuman penjara terhadap Muhd Rosdi Ismail, 26, bermula hari ini.

Dia didakwa mencuri duit tabung surau berjumlah RM35 di tingkat 15, Kompleks Dayabumi pada 6.50 petang Sabtu lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tan Siew Ping. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan