Ibu Enam Anak Dipenjara Sehari dan Denda RM800 Kerana Mencuri

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ibu kepada enam orang anak pada Isnin dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencuri barang-barang di kompleks beli belah, Carrefour, berjumlah RM599.26.

Majistret Nur Azura Murah memerintahkan hukuman itu bermula hari ini dan jika gagal membayar denda, Alinah Md Ithnain, 36, boleh dipenjara selama sebulan. Alinah melalui penjaminnya membayar denda itu.

Alinah, seorang juruwang, bersama-sama seorang remaja, Mohd Shafiz Che Man, 20, didakwa mencuri pelbagai barangan keperluan harian dan peribadi, di kaunter 16 Carrefour Seksyen 5 Wangsa Maju, di sini pada pukul 1.17 petang, 2 Dis lepas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Alinah dalam rayuannya memohon supaya hukuman diringankan kerana hanya mempunyai gaji bulanan sebanyak RM750 dan perlu membantu suami menyara keluarga.

Sementara itu, bagi kes Mohd Shafiz yang juga mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu, mahkamah menangguhkan sehingga 12 Jan depan untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan akhlak memandangkan dia masih di bawah umur 21 tahun.

Mahkamah membenarkan Mohd Shafiz diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rebecca Mathan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan