Anggota Polis Diarah Bela Diri Tuduhan Tembak Remaja

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang anggota polis diperintah membela diri oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin terhadap tuduhan melepaskan tembakan sehingga mencederakan seorang remaja pada Mei tahun lepas.

Majistret Nor Azlina Hashim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Konstabel Mohd Hakimi Shamsul, 20.

"Selepas meneliti keterangan dari pembelaan dan pendakwaan, mahkamah mendapati tembakan yang dilepaskan kepada mangsa adalah tidak sah, (sedangkan) tertuduh boleh menggunakan pelbagai cara untuk menghentikan mangsa selain tembakan," katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 12 dan 13 Jan tahun depan untuk tertuduh membela diri.

Mohd Hakimi dituduh melepaskan tembakan terhadap Mohd Azizi Azri Aziz, 19, tanpa apa-apa alasan yang sah dan mengakibatkan remaja itu mengalami kecederaan, di Jalan Jelebu menghala ke Pantai dekat sini pada 3 petang 8 Mei tahun lepas.

Mohd Hakimi, yang kini digantung tugas, dituduh mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 yang jika didapati bersalah boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Insiden dikatakan bermula di depan sebuah pusat beli belah di Jalan Dato Siamang Gagap dekat sini apabila kereta peronda dinaiki dua anggota polis termasuk Mohd Hakimi mengejar sekumpulan penunggang motosikal termasuk Mohd Azizi Azri.

Kumpulan penunggang motosikal itu kemudian berpecah dan motosikal ditunggang Mohd Hakimi dikejar kereta peronda polis tersebut beberapa kilometer sehingga ke lokasi kejadian.

Polis kemudian melepaskan beberapa tembakan amaran, namun satu das tembakan dari senjata milik Mohd Hakimi dipercayai terkena perut Mohd Azizi Azri yang kemudian ditahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala tertuduh diwakili peguam S. Parameswaran. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan