Tak Mengaku Salah Tipu Guna Gelaran 'Datuk Seri'

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap pertuduhan menggunakan kad pendaftaran kurniaan Darjah Kebesaran negeri Kedah palsu yang dipercayai untuk menjalankan kegiatan penipuan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh, Muhammad Ali Rengen Abdullah, 53, didapati dengan curang menggunakan kad pendaftaran kurniaan Darjah Kebesaran negeri Kedah iaitu Datuk Seri Setia Diraja Kedah (SSDK) palsu yang membawa gelaran Datuk Seri Muhammad Ali Rengen Abdullah sebagai dokumen tulen pengenalan dirinya.

Muhammad Ali yang berasal dari Kampung Cheras Baru , Kuala Lumpur didapati melakukan kesalahan itu pada 30 November lalu kira-kira jam 3.30 petang di depan perhentian teksi di pusat membeli-belah Megamall, Jalan Tun Ismail, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret Emma Shahriana Ali menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 sementara menunggu kes berkenaan disebut semula pada 13 Januari tahun depan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Insp Mohamad Azman Ariffin. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan