Harta KDSB: Mahkamah Tinggi Tetapkan 15 Disember Untuk Keputusan

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 15 Disember ini untuk memutuskan permohonan oleh kerajaan untuk menangguhkan perintah penyerahan harta bernilai lebih RM32 juta kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan lapan yang lain.

Hakim Datuk Ghazali Cha menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar penggulungan hujah oleh pihak peguam KDSB dan responden lain serta pendakwa raya yang mewakili pihak kerajaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Robert Pasang Alam mengemukakan bahawa tiada jaminan bahawa responden dalam kedudukan untuk membayar balik harta yang dirampas mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan pencegahan Pembiayaan Keganasaan 2001 (AMLATFA) khususnya wang dalam akaun bank milik responden sekiranya perlu.

"Dalam erti kata lain, sekiranya penangguhan pelaksanaan tidak dibenarkan dan rayuan berjaya, maka rayuan itu tidak berguna.

"Mahkamah ini perlu membenarkan penangguhan pelaksanaan sementara penentuan rayuan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan," katanya.

Sementara itu, peguam Prem Ramachandran berhujah permohonan penangguhan perlu dibatalkan dengan kos kerana tiada perkara khusus dibangkitkan dalam afidavit pemohon.

Katanya, Pendakwa Raya gagal membuktikan ramuan kes berdasarkan kesalahan melampaui keraguan yang munasabah.

Prem berkata, pihak pendakwaan juga gagal menunjukkan sebarang hubungkait mengenai harta yang dipohon untuk disita dengan berdasarkan kesalahan.

"Dalam soal ini, Pendakwa Raya gagal membuktikan dana yang dipohon untuk disita adalah hasil dari sumber haram," katanya.

Pada 4 November lalu, Ghazali menolak permohonan pihak kerajaan untuk menyita harta milik KDSB, dua individu dan enam syarikat yang pernah menguruskan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Beliau membuat keputusan atas dasar pihak pendakwaan gagal membuktikan harta itu diperoleh menerusi aktiviti haram.

Beliau turut memerintahkan harta berupa wang, cek dan tanah milik responden dilepaskan daripada dibekukan dan dikembalikan kepada semua responden.

Berikutan keputusan itu, pihak pendakwaan memfailkan rayuan penangguhan dan penggantungan perintah pelaksanaan sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan.

Permohonan yang difailkan pada 9 November itu menamakan KDSB sebagai responden pertama, syarikat Transshipment Megahub Berhad, Coastal Skyline Sdn Bhd, Wijaya Baru Aviation Sdn Bhd, Wijaya Baru Sdn Bhd, Wijaya Baru Construction Sdn Bhd, Anggota Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, Law Ka Hing dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai responden kedua hingga kesembilan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan