Penganggur Didakwa Bunuh Budak Lelaki Tiga Tahun

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun, bulan lalu.

Tai Ah Seng, 37, didakwa dengan niat menyebabkan kematian Shatis Kumar, di sebuah rumah di Jalan Hang Tuah 5, Taman Skudai Baru, Skudai, di sini, kira-kira pukul 2.58 pagi, pada 17 Nov lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Pertuduhan terhadap Tai dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Hafizah Johor Ariff Johor, bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M.Vinodharan manakala Tai tidak diwakili peguam.

Majistret Hafizah Johor menetapkan 16 Jan ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan