Mahkamah Tinggi JB Arah Pegawai Polis Bela Diri

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa mengetepikan keputusan mahkamah sesyen dan memerintahkan seorang superintenden polis yang dibebas dan dilepaskan daripada empat tuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram 7 Januari lalu dipanggil untuk membela diri.

Perintah itu dibuat Hakim Datuk Abdul Halim Aman yang mendapati wujud kes prima facie terhadap semua pertuduhan itu ke atas Azmi Osman, 55.

Abdul Halim memerintahkan agar kes itu disambung bicara di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Salawati Djambari yang sebelum ini membebaskan dan melepaskan Azmi.

Tarikh perbicaraan kes tersebut akan ditentukan di Mahkamah Sesyen kelak.

Azmi menghadapi empat tuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan kira-kira RM3.8 juta, pada 2002 hingga 2005 ketika menjadi pegawai di Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Johor.

Tertuduh yang kini digantung kerja dituduh antara lain menerima wang hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram sebanyak RM2.08 juta melalui akaun semasanya yang bernombor 006025313564 di Malayan Banking Berhad di Jalan Haji Kassim, Mentakab, Pahang, di antara 6 Februari dan 20 Disember 2002.

Bagi kesemua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Hazril Harun manakala Azmi diwakili peguam bela Adam Yap.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan