Artikel Dalam Akhbar Cina Seolah-olah Syabas Tak Mampu Bayar Hutang

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu, kenyataan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee mengenai kenaikan tarif air 37 peratus oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu artikel yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina, membayangkan syarikat itu tidak mampu membayar hutangnya.

Eksekutif di Jabatan Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Syabas Ainunnajhan Marzuki berkata, artikel itu, yang disiarkan akhbar Nanyang Siang Pau pada 16 November tahun lepas, juga membayangkan syarikat tersebut tidak mampu menjalankan tanggungjawabnya menukar paip air serta tidak kompeten untuk menguruskan hak membekalkan air.

Ainunnajhan, dalam pernyataan saksinya, berkata, artikel itu juga menyifatkan kenaikan tarif air oleh Syabas sebagai tidak wajar dan untuk kepentingan Syabas dengan memudaratkan orang awam.

Beliau berkata demikian pada perbicaraan kes saman Syabas terhadap Pua berhubung artikel berkenaan yang didakwa mengandungi unsur fitnah.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Pua, Ainunnajhan berkata, beliau tidak menterjemah artikel itu perkataan demi perkataan, sebaliknya hanya membuat ringkasan.

Beliau juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa Pua tidak membuat kenyataan kenaikan tarif air tersebut bertujuan memudaratkan orang awam.

Ainunnajhan berkata, Syabas tidak mengeluarkan kenyataan balas berhubung perkara itu.

Syabas menyaman Pua atas dakwaan reputasi perniagaan syarikat itu telah diperkecil dan dicemuh masyarakat hingga merugikan mereka.

Dalam penyataan pembelaannya, Pua menafikan ada mengeluarkan perkataan fitnah itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan menafikan terjemahan artikel oleh jabatan komunikasi syarikat tersebut telah dijadikan asas mengemukakan saman berkenaan.

"Apabila saya menerima rumusan terjemahan artikel itu daripada jabatan tersebut, saya mengesahkannya dengan Ketua Pegawai Operasi Syabas, Datuk Lee Miang Koi dan ia dijadikan asas tuntutan (saman tersebut)," katanya. Bagaimanapun, Ruslan bersetuju dengan cadangan Gobind bahawa ketika ini Syabas berdepan masalah kewangan.

Beliau juga mengakui bahawa syarikat itu kini berdepan dua saman daripada pembekal air iaitu Splash and Abass.

Ruslan turut bersetuju dengan Gobind bahawa Syabas memperoleh satu pinjaman berjumlah RM320.8 juta daripada kerajaan persekutuan pada Disember 2009.

Perbicaraan di depan Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah disambung 12 Disember. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan