Lelaki Australia Didapati Bersalah Bunuh Warga Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Seorang lelaki warga Australia didapati bersalah membunuh seorang rakyat Malaysia yang merupakan teman lelaki kepada ibunya, atas dakwaan mahu melindungi maruah keluarga.

Pada Isnin, Juri Mahkamah Tinggi mendapati Andrew Iskandar bersalah membunuh Mohd Shah Saemin yang dilakukannya pada 2010.

Pihak Pendakwa Raya berkata, Andrew memukul Mohd Shah dengan menggunakan tukul besi disebabkan mangsa yang berkerja sebagai pemandu di Pejabat Konsulat Malaysia di Sydney menjalin hubungan dengan ibunya.

Mereka menambah, Andrew merasakan hubungan itu menjatuhkan maruah keluarganya manakala lelaki tersebut mendakwa dia hanya bertindak melindungi dirinya dalam kejadian tersebut.

Andrew kini boleh dihukum penjara seumur hidup.

Ibu kepada Andrew, Nita Iskandar yang dilahirkan di Indonesia merupakan seorang pekerja di pejabat Konsulat Malaysia.

Dia mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersubahat membantu anaknya melarikan diri ke Singapura selepas pembunuhan tersebut.

Media sebelum ini melaporkan Mohd. Shah, 43, dilaporkan diserang dengan tukul besi dan ditikam oleh dua lelaki di luar unit kediamannya di Marion Street, Leichhardt, Sydney, Ahad lalu.

Dia yang tinggal di Australia sejak beberapa tahun lepas dan menjadi warga Australia, bekerja sebagai pemandu di pejabat Konsulat Malaysia di Sydney.

Allahyarham pernah bertugas dengan sebuah syarikat perkapalan selepas menamatkan pengajian di Akademi Laut Malaysia di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah pada awal 80-an.

Mohd. Shah kemudiannya menetap di Australia dan bekerja dengan sebuah rumah kebajikan selama lapan tahun sebelum menjadi pemandu.

Allahyarham pernah berkahwin dengan wanita Australia yang memeluk Islam tetapi kemudian berpisah tanpa mempunyai anak.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tambak Paya, Ayer Molek, Melaka pada 26 Februari 2010.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan