Inkues Kematian Peserta Perhimpunan Bermula Januari

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner di sini pada Jumaat, menetapkan 30 dan 31 Januari depan dan lima hari lagi pada Februari tahun depan untuk prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia ketika menyertai satu perhimpunan haram 9 Julai lepas.

Selain dua hari pada Januari itu, Koroner Zulkpli Abdullah, turut menetapkan 2,3,8,9 dan 10 Feb tahun depan untuk mendengar prosiding itu.

Inkues itu akan dibantu pegawai pengendali Kalmizah Salleh dan Ahmad Ishraq Saad manakala peguam Chan Chew Weng dan Ahmad Jufliz Faiza akan mewakili keluarga Allahyarham Baharudin. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan