Bekas Pegawai Polis Dipenjara, Penjara

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai polis berpangkat ASP dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan didenda RM105,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan rasuah melibatkan RM21,000 tiga tahun lepas.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu terhadap Abdul Jalil Johari selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

"Selepas meneliti keterangan saksi-saksi pembelaan termasuk tertuduh, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh tidak berasas dan tidak boleh dipercayai dan tertuduh didapati bersalah selepas saksi yang dikemukakan gagal mempengaruhi dan meyakinkan mahkamah," katanya.

Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM30,000, atau lima bulan penjara terhadap Abdul Jalil jika dia gagal membayar denda, manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM75,000, atau lapan bulan penjara jika dia gagal membayar denda.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan berjalan secara serentak mulai hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi, dan jaminan terhadap tertuduh dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM20,000. Mengikut pertuduhan, Abdul Jalil, 56, yang sebelum ini bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, dituduh bersetuju menerima RM6,000 daripada Ketua Pegawai Eksekutif SPK Technology, Rio Kamal Yuhya Sharifuddin, sebagai dorongan untuk menarik balik tiga pertuduhan yang dihadapi anak perempuan Rio Kamal Yuhya, Rio Elani, yang didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Gallery Lounge, Hotel Dynasty, Jalan Ipoh di sini pada 11.30 malam, 1 April 2008. Bagi pertuduhan kedua, Abdul Jalil didakwa cuba memperoleh wang suapan RM15,000 daripada Rio Kamal Yuhya melalui perbualan telefon bagi tujuan yang sama pada 9.30 malam, 21 Mac 2008.

Kedua-dua pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 11(a) dan Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi.

Seramai 23 saksi dikemukakan pegawai pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ali Akhbar Mohd Noor, manakala peguam Gurbachan Singh memanggil dua saksi pembelaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan