Abdul Kudus Dibenarkan Saman Semula NST

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis, membenarkan bekas Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abdul Kudus Ahmad mengemukakan semula saman malunya ke atas The New Straits Times Press (M) Bhd.

Panel hakim terdiri Datuk Sulaiman Daud, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Anantham Kasinather menerima rayuan Abdul Kudus supaya mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak saman sivilnya terhadap New Straits Times Press.

Panel hakim rayuan itu mengarahkan kes dikemukakan balik ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Abdul Kudus memfailkan saman sivil pada 2004 berhubung laporan yang disiarkan Malay Mail bertarikh Mei 29, 2003, menamakan bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk M.Kayveas dan New Straits Times di pihak defendan.

Laporan tersebut adalah kenyataan dibuat Kayveas mendakwa salahlaku oleh Kudus.

Kayveas dan New Straits Times berjaya dalam permohonan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman yang difailkan Abdul Kudus ke atas kedua-dua pihak.

Bagaimanapun pada 23 Mei tahun ini mahkamah rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi itu mengembalikan semula saman dengan menerima rayuan Abdul Kudus.

Dalam tuntutannya Abdul Kudus mendakwa kenyataan Kayveas dan laporan dalam The Malay Mail itu merosakkan teruk nama baik dan imejnya.

Dia berkata perkataan dalam laporan itu dibuat dengan niat jahat, bertujuan memalukan, merosak dan memburukkan imejnya yang pada ketika itu Pengarah Penguatkuasa MPAJ, dan berikutan itu dia dipecat daripada jawatan tersebut.

Abdul Kudus menuntut ganti rugi am, tambahan dan juga sebagai contoh.

Pada 2 September tahun lepas, Abdul Kudus dibebaskan Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan rasuah membabitkan RM59,000 setelah mahkamah tersebut membenarkan rayuannya mengenepikan sabit kesalahan dan hukuman 11 tahun penjara dan denda RM370,000 dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen Ampang.

Rayuan pihak pendakwa terhadap keputusan membebaskannya itu masih belum didengar oleh mahkamah rayuan.

Abdul Kudus diwakili peguam M.Manoharan manakala peguam M.K.Yee bagi pihak The New Straits Times. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan